Monday, 20 May 2013

CUBA

cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu

cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setiaku menununggu
agar senang kau merasa


siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku

maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkanku
tak mungkin lagi ku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku


siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu
jangan asyik nak bercakap je. sesekali tu  sila la dengar kata orang lain jugak.
~NAAH~

No comments:

Post a Comment