wahai hati, usirlah resah yang bertamu. tingkahkan bahawa dia bukan milik kita. buangkan segala amarah, agar dendam tidak membakar diri.
wahai hati, bertenanglah. sedaya upaya padamkan kesakitan di hati. moga tiada lagi luka terhidang kemudian hari. moga tiada lagi rasa amarah bersemi.
wahai hati, bisikkanlah bahawa dia bukan untukku. detikkanlah sabar dan ikhlaskan segala yang berlaku. jangan biar luka menjadi benci dan jangan biar kecewa menjadi iri hati.
wahai hati, rindu yang bertandang jangan pula dipadam. biarkan rindu terus bertamu. biarkan sakit terus memburu. biar lali, biar tiada lagi rasa di hati.
wahai hati, sejenak teringat terkenang saat manis bersama si dia, baju itu, dakaplah. pengubat rindu, penguat semangat, pembina pengikat. moga terasa si dia dekat di sisi walau tahu dia takkan mahu untuk kembali.
wahai hati, bisikkanlah di angin lalu akan kerinduanmu, akan kesedihanmu, akan kesakitanmu. moga terdetik di hatinya bahawa merasa bersalah meninggalkanmu, mempermainkanmu, menyakitimu. moga kembali si dia ke pangkuan.
wahai hati, berbisiklah dalam doa, moga diri sentiasa memaafkan, sentiasa menerima perlakuannya dengan ikhlas tanpa dendam. sengguhnya marah itu api, dendam itu bara.
wahai hati, bersabarlah. moga kekuatan terbina dengan ujian yang sedang dihadapi. moga tabah menempuh hari yang bakal dilalui.
No comments:
Post a Comment