selamat pagi dan salam aidil adha buat readers semua...
di pagi yang berbahagia ni, marilah kita menadah tangan, mengucapkan syukur kerana masih diberi kesempatan bernafas lagi di bumi Allah ini. alhamdulillah. masih punya kesempatan memperbaiki kesilapan dan saling bermaafan lagi.
di kesempatan ini, naah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada readers yang menyokong naah, yang membantu naah bina semula semangat tika naah terjatuh. terima kasih sama ada naah mengenali di alam realiti mahupun alam maya ini.
di sini juga naah memohon jutaan kemaafan andai sepanjang naah mengenali kalian, atau kalian mengenali naah, naah ada sakiti hati kalian, baik secara realiti mahupun melalui penulisan naah.
akhir kala, salam aidil adha buat semua muslimin muslimat daripada naah sekeluarga.
naah
No comments:
Post a Comment