sukarnya meluah rasa kan... apa lagi bila tau sejuta rasa tu adalah satu kesilapan dan kesalahan. aq mengalihkan tumpuan terhadap sakit merindu tu dengan aktiviti lain. most time, tetap teringat juga pada masalah dan keadaan yang berlaku ni. tapi at least, aq masih mampu bergembira.
kucuba jaga sebaik mungkin hubunganku dengan ALLAH. sedikit sebanyak aq menangis padaNYA buat aq lega. betul kata orang, kita merasai nikmat iman dengan sesuatu yang kita tak jangka. aq mendekati ALLAH dulu bila hilang arwah. tapi sejak berdepan dengan situasi yang tak pernah aq duga macam ni, hanya ALLAH tempat mengadu. hanya ALLAH tempat bercerita.
saban hari, tika kekusutan, al-quran dan solat adalah penawarnya. terasa manisnya. dan bila terlupa atau missed, aq rasa serba tak kena. nikmat islam dan manisnya iman dalam hidup kan.... ALHAMDULILLAH.... TQ ALLAH kerana bagi aq ujian untuk aq lebih dekat denganMU.
mak pernah cakap, ujian allah ni umpama cubitan sayang. andaikan orang yang kita sayang tu mengelamun jauh sampai merbahayakan diri atau lupa daratan, maka kita tepuk atau cubit dia untuk sedar keadaan sekeliling kan? begitu juga ujian ALLAH beri untuk menyedarkan kita dari terus leka dalam dunia penuh pancaroba ni.
hidup takkan semudah yang diimpikan, tetapi ISLAM adalah jalan hidup terindah.
naah
No comments:
Post a Comment