Monday, 28 January 2013

WALAU

andai aku tidak bersamamu
jangan lupa doakan diriku
walau aku tiada di sisimu
jangan engkau lupakan namaku
kerana aku mengingatimu
kerana aku mencintaimu

andai aku bisa bertemumu
dengan senyum ku tadah syukurku
andai aku bisa menyentuhmu
air mata pasti deras gugur
kerana aku merinduimu
kerana aku sentiasa menyintaimu
sepenuh hati

walau kamu jauh di mataku
jangan aku hilang dalam kalbu
saat kamu sama mengingati
jangan aku terus kau lupakan
kerana aku sentiasa menyintaimu
kerana aku sentiasa menyayangimu
sepenuh hati

*penutup tahun 2012*

~NAAH~

No comments:

Post a Comment