Tuesday, 26 March 2013

DIA


siapa sangka gadis secekal dia menghitung duka saban masa. bergelak ketawa seperti teman lain, walau hakikat hati sedang berdarah. ada ketika, dapat dengar bahawa ketawa dia tu terlalu dibuat-buat. senyum. manis sekali senyumannya. terutama ketika bertugas di lapangan klinikal, di hadapan pesakit. sesekali menyembunyikan air mata dengan senyuman plastiknya itu. tampak kaku dalam kelompok teman-teman. aku jarang bersama dia, tapi ketika di sisi si dia, nampak segaris luka di wajahnya, yang terkesan dari hatinya. demi Allah, dia amat terluka.

*AA*

No comments:

Post a Comment