Tuesday, 18 March 2014

TOO MUCH TONIGHT

melepaskan kenangan demi masa hadapan?
bunyi mudah, tapi hakikat yang perlu dilalui seakan memadam sebahagian besar memori hidup. he was a part of me. 2 tahun 8 bulan. tempoh yang lama bagi mereka yang tidak mempunyai makna tetapi seakan masih terlalu baru bagi kehilangan si dia yang pernah menjadi kenangan terindah.

6 tahun kenangan bersamanya.
6 tahun bukan jangka masa yang pendek untuk dikongsi bersama seseorang. 6 tahun itulah dia di sisi aq. dari zaman kanak-kanak riang, remaja nakal hingga berubah sedikit matang. well, i'm grown up now. sedikit sebanyak merubah aq.

kenangan................
i was never alone. he was the one who always be by my side, no matter when i needed him or the time when i tried to get rid of him. he was the one who always would lend his shoulders for me to cry, the one who lend his ears to listen and also the one who would live for me.

cebisan
i never stay up alone to study. tak kira jam berapa aq nak bangun, he always on the call with me until i said "enough for tonight.". tak kira sibuk macam mana sekalipun. tak kira macam mana dia sakit. tak kira letih. he always with me.

16 julai 2011.
tarikh keramat. ulangtahun kelahiranku. dan dia pergi menghadap ILLAHI.

kejadian
the week before, dia semangat apply cuti. nak celebrate my birthday. hari sebelumnya, dia called sebelum memulakan perjalanan. all of sudden, sms pending dan voice mailed. last msg was sent to me at 6.28pm. the next day, my birthday. in my best dress, i waited for hours.........

sms terakhir.
"tahun ni ada hadiah teristimewa utk ieya. ieya takkan dapat hadiah yang sama buat kali kedua seumur hidup ieya." kalaulah pemergian dia merupakan "hadiah" yang dimaksudkan, aq rela tidak dapat apa-apa.

kenyataan pahit yang harus ditelan
hari berikutnya, kelas berjalan seperti biasa. pagi aq tetap melangkah ke kelas dengan sejuta persoalan dan perasaan. lunch hour, sejurus selepas memberi salam solat zohor, satu panggilan kuterima. "abg dah takde. anak mama dah takde."

kosong.
sebaris ayat yang meluncur dari corong fon diiringi tangisan mama dan kak long menyentap semangatku. tidak menangis. tidak juga menafikan. terdiam. seakan roh direntap dari jasad. masih juga aq teruskan sesi kelas. masih diam. masih kosong ketika itu.

ziarah
aq hanya berada di kuburnya sebulan selepas dia kembali. menangis? tidak hanya menangis, tapi aq seakan meratap. lama aq di sana. seakan tidak dapat menerima hakikat pemergian. mama dan adik menjadi teman sepanjang di sana.

pengubat rindu
aq ambil kesempatan untuk bertandang seketika di rumah mama. bilik dia jadi tempat aq merehatkan diri. gambar kami. hadiah-hadiah pemberianku. kusyen favourite aq yang dia ambil untuk menjadi pengubat rindu sepanjang dia di Lubnan dulu. segalanya teratur kemas, tidak berusik seolah-olah dia masih ada.

teman lena.
baju terakhir dia pakai. itu satu-satunya aq minta dari mama. baju itu juga jadi teman aq tidur sehingga hari ini. jersey hijau. baju aq belikan bila dia merungut baju futsal semua dah ketat. baju itulah aq peluk tika rindu bertandang.

hadiah yang ingin diberi.
dia pergi bersama wira putih kesayangannya. wira putih yang digelar "ratu". wira putih yang menjadi "isteri"nya semasa hayatnya. remuk di bahagian pemandu. di dalam "ratu" selepas kejadian, ditemui kotak bersaiz serdahana berbungkus cantik dan hanya terkoyak sedikit di bahagian bucu. di kotak berbalut kertas merah berlukisan panda bear tersebut masih terlekat kad ucapan hari lahir dan sekuntum mawar putih. sayangnya, ketika kotak tu sampai di tangan aq, mawar tersebut dah kering. mawar putih. mawar yang paling aq benci. kad tu pula tertulis "live happily as u are with me forever." kotak itu. sampai hari ni aq tak pernah buka.

pertanyaan demi pertanyaan
"sampai bila nak macam ni?" "tak nak buka ke hadiah tu?" "dah 2 tahun lebih nape still ingat kat dia?" bla bla bla bla bla....... u guys never know what i'd faced before. the time i struggled alone. no one with me. not even my mom. but he still stood strong to comfort me well. he's my everything.

aku
bukan aq mengurung diri dalam kenangan tapi rata-rata yang aq temui takkan setanding dengan dirinya. no one can take his place. kenangan tu menjadikan aq survive sampai hari ni. kenangan tu juga memadam luka dilukai. kata-katanya pembakar semangat tika aq terjatuh. dia dia dia dia dan dia. hanyalah dia.

2 tahun 8 bulan 2 hari
pemergiannya. masih sampai hari ni, aq tetap merinduinya.

"kalau rindu abg, pejam mata dan bayangkan wajah abg. in syaa allah i'll be waiting for u in your dreams..."
_dia_

naah

No comments:

Post a Comment